Terkini

Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
rekod kematian sungai korok
Kredit: Bernama

Sungai Korok Rekod Lapan Kematian Dalam Tempoh Lima Tahun

Azizah Najib

Sungai Korok Rekod Lapan Kematian Dalam Tempoh Lima Tahun

ALOR SETAR, 8 Julai (Bernama) — Kawasan Sungai Korok dekat Jitra yang menjadi lokasi kematian enam beranak selepas kereta yang dinaiki mereka terbabas ke dalam sungai itu telah merekodkan lapan kematian dalam tempoh lima tahun sejak 2021.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu Supt Mohd Radzi Abdul Rahim berkata jumlah itu termasuk enam beranak yang ditemukan maut dalam kereta semalam.

“Pada Disember 2021, seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun meninggal dunia selepas kereta yang dinaikinya terbabas ke dalam sungai berkenaan manakala pada Disember 2022 pula, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut selepas kereta yang dipandu bapanya terbabas lalu terjunam ke dasar sungai berkenaan.

“Bagaimanapun, tiada kemalangan dilaporkan berlaku di kawasan Sungai Korok pada 2023 dan tahun lepas,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Mohd Radzi berkata pada Mei lepas, sebuah kereta yang dinaiki empat pelajar sebuah universiti terhumban ke sungai itu namun kesemua mangsa berjaya menyelamatkan diri dengan keluar melalui tingkap kanan bahagian belakang kereta.

“Tetapi, paling menyedihkan adalah kejadian semalam yang telah mengakibatkan enam beranak meninggal dunia apabila kereta dinaiki mereka dipercayai terbabas dan menggelongsor ke dalam sungai berkenaan,” katanya.

Menurut beliau, antara faktor kemalangan yang berlaku di kawasan Sungai Korok itu dipercayai berpunca akibat pemandu kenderaan hilang kawalan, tergelincir serta faktor manusia sehingga menyebabkan kenderaan terbabas ke dalam sungai.

Dalam pada itu, beliau berkata orang awam turut mencadangkan supaya penghadang keselamatan dipasang di sepanjang laluan berisiko kerana telah berlaku beberapa kes lemas dan kemalangan maut sebelum ini.

“Kempen kesedaran pengguna jalan raya terutama ketika memandu bersendirian atau membawa keluarga melalui laluan sempit berdekatan sungai juga perlu dipertingkatkan bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang lagi,” katanya.

Sumber: Bernama

BACA: Isu Graf Penggunaan kWh Bulan Julai Yang Tinggi Dalam Aplikasi myTNB – TNB

BACA: Kerajaan Teliti Bina Pagar Penghadang, Padang Lampu Di Jalan Sungai Korok