Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Suntikan Dos Ketiga Vaksin COVID-19 Dijangka Bermula Oktober Ini – KJ

Gambar Hiasan via Bernama

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengeluarkan sebuah kenyataan bahawa kerajaan telah bersetuju melaksanakan pemberian dos ketiga vaksin Covid-19.

Pemberian suntikan vaksin dos ketiga ini adalah sebagai persediaan Malaysia ke arah fasa endemik tak lama lagi. Ia juga merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan perlindungan kepada golongan rentan daripada risiko jangkitan virus tersebut.

Keutamaan pemberian dos ketiga ini akan tertumpu kepada kumpulan yang berisiko tinggi terlebih dahulu seperti anggota barisan hadapan kesihatan, pesakit kurang daya tahan imun (immunocompromised), warga tua dengan komorbiditi dan individu yang tinggal atau bekerja di pusat jagaan jangka panjang (long-term care facilities), apabila liputan imunisasi populasi dewasa di seluruh negara melebihi 80%.

Menurut laporan Bernama, dari sidang media KKM bersama Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin sebentar tadi, pelaksanaan suntikan dos ketiga dijangka bermula awal Oktober ini.

Sumber: Bernama