Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sunway Lost World of Tambun Ditutup 14 Hari, Salah Seorang Pengunjungnya Disyaki Positif COVID-19

Pihak pengurusan Sunway Lost World of Tambun dalam satu kenyataan media sebentar tadi memaklumkan operasi taman tema terkemuka tersebut serta Sunway Lost World Hotel akan ditutup selama 14 hari bermula 13 Oktober.

Ia selepas mendapat makluman daripada Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa salah seorang pengunjungnya disyaki positif COVID-19.

Penutupan tersebut sehingga 26 Oktober untuk kerja-kerja sanitasi diseluruh kawasan taman tema serta hotelnya.

Melalui kenyataan tersebut juga, dimaklumkan bahawa KKM sudahpun menjalankan penjejakan kontak rapat kepada kes COVID-19 berkenaan.

Sumber: Sunway Lost World of Tambun