Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Superbon Tewaskan Masaaki Noiri, Lakar Kemenangan Besar Di ONE 173

Athirah
Kredit: One Championship

Superbon Tewaskan Masaaki Noiri, Lakar Kemenangan Besar Di ONE 173

Legenda Muay Thai, Superbon Singha Mawynn berjaya menyatukan Kejuaraan Dunia ONE Featherweight Kickboxing dalam acara utama ONE 173: Superbon vs. Noiri yang berlangsung pada 16 November lalu.

Menurut portal One Championship, atlet berusia 35 tahun itu menundukkan pemegang gelaran sementara, Masaaki Noiri, dalam pertarungan sengit lima pusingan di Ariake Arena, Tokyo, sekali gus meraih kemenangan sebulat suara.

Superbon tiba di Jepun dengan misi membuktikan dirinya selepas gagal menjadi Juara Dunia dalam dua sukan menentang Tawanchai PK Saenchai pada Januari lalu.

Dalam masa sama, Superbon berdepan spekulasi sama ada pemegang gelaran sementara, Masaaki Noiri sudah melangkah melepasi tahapnya selepas menewaskan Tawanchai di ONE 172.

Ketika pusingan pertama, Superbon menguji tendangan tinggi kirinya yang terkenal, manakala Noiri menyerang dengan tendangan pendek ke betis.

Menjelang pusingan kedua, kedua-dua petarung menerima amaran kerana terlalu lama dalam clinch, namun Superbon mula meningkatkan kekerapan tendangannya.

One Championship melaporkan Noiri membalas dengan pukulan berbahaya dan mara ke hadapan secara agresif.

Superbon menyempurnakan tendangan lutut tepat pada masanya apabila Noiri mendekat dengan semangat penuh cabaran.

Superbon perbaiki rekodnya kepada 117-37

Dalam pada itu, beliau menggabungkan serangan tinggi dengan lancar, melepaskan tendangan kanan dan kiri yang memaksa pihak lawan sentiasa berada dalam ketidakpastian.

Pada pusingan keempat, Superbon menegaskan dominasi di tengah gelanggang dengan melancarkan pukulan melalui garisan tengah sambil menyelinap tendangan kepala dari kaki belakangnya.

Bagaimanapun, Noiri terus mara dengan pukulan dan enggan melepaskan sebarang ruang, namun tekanan yang diterima semakin meningkat. Walaupun berdepan tekanan tambahan, Noiri tetap mengejar Superbon apabila pusingan kelima dan terakhir bermula.

Noiri tetap mara ke depan dengan berani, menangkis pukulan hebat Superbon, namun setiap langkahnya disambut dengan tendangan lutut tepat yang mengganggu rentaknya.

Superbon meningkatkan tekanan, meninggalkan pihak lawan hanya mampu menahan serangan bertubi-tubi dengan tangan yang lebam dan bengkak akibat pukulan sepanjang 15 minit pertarungan.

Apabila loceng penamat berbunyi, ketiga-tiga pengadil memberikan kemenangan kepada atlet Thailand itu yang kini memperbaiki rekodnya kepada 117-37.

Superbon kini menyatukan Kejuaraan Dunia ONE Featherweight Kickboxing, malah penantang Muay Thai Featherweight nombor satu dunia itu menegaskan beliau bercadang meneruskan misi mengejar kemasyhuran dalam dua sukan seterusnya.

Wilayah Pahlawan Muay Thai Championship 2.0

Acara Wilayah Pahlawan Muay Thai kembali lagi ke Kuala Lumpur dengan menampilkan barisan “fighters” hebat seperti Elias Ghazali, Wawan The Tank, Jebat Taring, Sara Sodagar dan ramai lagi.

Bagi mereka yang berminat mempelajari kemahiran Muay Thai, sebuah seminar eksklusif akan diadakan bersama dua bintang terkenal, Superbon dan Jojo.

Acara ini akan berlangsung di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur, dengan kategori amatur pada 5 hingga 6 Disember 2025.

Manakala seminar dan Kejuaraan Antarabangsa akan diadakan pada 7 Disember 2025.

Tiket kini boleh dibeli melalui laman web rasmi pahlawanchampionship.com.

BACA: Impian Kejuruteraan Terkubur Selepas Kemalangan, Kini Wanita Ini Temui Dunia Kek “Custom”

Sumber: One Championship