Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tabika, Taska Kemas Mula Operasi 1 Mac

Kredit: Bernama

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Semua Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) dan Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) akan mula beroperasi 1 Mac ini termasuk Kelantan, Terengganu, Kedah dan Johor.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) dalam satu kenyataan hari ini berkata ia susulan pengumuman pengoperasian semula semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara bersemuka yang melibatkan murid-murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2 yang akan bermula pada tarikh tersebut.

“Pembukaan operasi Tabika dan Taska adalah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dipersetujui antara Jabatan Kemajuan Masyarakat, KPM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kemas berharap ibu bapa tidak khuatir untuk menghantar anak-anak mereka kerana 10,517 pendidik masyarakat Tabika dan 1,790 pendidik masyarakat Taska Kemas telah diberi panduan berkaitan pematuhan SOP yang telah dikeluarkan sebelum ini,” menurut kenyataan itu.

Sumber: BERNAMA