Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tabung Haji Perkasa Impian Haji Rakyat Malaysia Melalui Program #Menujuistitoah
Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program persiapan haji, #menujuistitoah bagi memperkasa komitmen baharu untuk membantu, membimbing dan menyemarakkan lebih ramai rakyat Malaysia merealisasi impian menunaikan ibadah haji.
Inisiatif berkenaan dilaksanakan susulan kelancaran dan keberkesanan proses tawaran haji bagi musim 1447H/2026M.
TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan program pendidikan dan pembabitan digital yang dilaksanakan di seluruh negara itu bertujuan memastikan pendeposit berada dalam keadaan lebih bersedia apabila menerima jemputan untuk menunaikan haji.
Difahamkan, inisiatif #menujuistitoah memberi penekanan terhadap pengukuhan tahap kesiapsiagaan haji secara menyeluruh, merangkumi aspek kewangan, rohani, fizikal dan mental.
Pendekatan ini selari dengan usaha memupuk disiplin dalam perancangan kewangan serta galakan membuat persediaan awal secara lebih terancang dan sistematik.
Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, langkah ini mencerminkan komitmen TH dalam membantu, membimbing dan menyokong impian Haji rakyat Malaysia menjadi kenyataan.
“Misi utama Tabung Haji adalah untuk membantu para pendeposit merealisasi impian Haji mereka
"Ibadah yang merupakan rukun Islam yang kelima ini menjadi impian sekali seumur hidup yang memerlukan niat yang tulus dan persediaan yang rapi
"Kami percaya kami dapat melakukan sebaik mungkin untuk membantu dan berhasrat menjadikan matlamat ini lebih mudah, lebih ringkas dan lebih lancar melalui pendidikan, teknologi digital serta perkhidmatan yang diperbaharui,” katanya.
Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mustakim Mohamad menjelaskan pelbagai penambahbaikan dilaksanakan termasuk memperbaharui laman sesawang dan platform digital supaya lebih mudah diakses dan mesra pengguna.
"Pengenalan Kalkulator Simpanan Haji membantu orang ramai merancang simpanan secara realistik dan berstruktur,” jelas beliau.
TH yang berkhidmat lebih enam dekad kini memperkukuh sistem, pendekatan pembabitan dan kualiti penyampaian perkhidmatan bagi membantu pendeposit merancang matlamat menunaikan haji secara lebih jelas dan sistematik.
Kajian TH menunjukkan masih terdapat sebahagian umat Islam di Malaysia yang belum memulakan simpanan haji secara berstruktur.
Perancangan awal semakin penting bagi pendeposit sedia ada susulan peningkatan kos haji dan tempoh menunggu giliran yang semakin panjang.
Pendekatan baharu itu memastikan TH kekal berdaya tahan, bertanggungjawab serta berteraskan prinsip Maqasid Shariah dengan kepentingan pendeposit sebagai keutamaan.
"Pendekatan baharu ini memastikan TH kekal berdaya tahan, bertanggungjawab serta berteraskan prinsip Maqasid Shariah, dengan kepentingan pendeposit sentiasa menjadi keutamaan
"TH akan terus memperkukuh usaha pembaharuan ini bagi memastikan tahap kesiapsiagaan Haji sentiasa dipertingkatkan dan setiap musim Haji dapat diuruskan dengan lebih tersusun serta lancar
"Untuk maklumat lanjut mengenai perjalanan Simpanan Haji, sila layari laman sesawang rasmi Tabung Haji," ujar kenyataan lagi.