Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pelajar di sebuah tadika di selatan China memulakan semester persekolahan baru dengan persembahan tarian tiang oleh artis yang tak diketahui latar belakangnya.
Upacara itu diadakan pada hari Sabtu lalu yang menampilkan beberapa penari wanita berpakaian seksi menari dengan tiang yang disediakan di tapak perhimpunan tadikan tersebut.
Pengetua sekolah terbabit ketika ditanya menjawab, “matlamatnya adalah untuk mendapatkan kanak-kanak mempelajari lebih lanjut mengenai pelbagai tarian.”
Rata-rata ibu bapa teragak-agak serta mengkritik pentadbiran sekolah tersebut dengan memuat naik video persembahan itu di laman media sosial.
“Saya benar-benar tak tahu apa yang difikirkan pengetua sekolah ini,” kata seorang pengguna aplikasi Weibo.
“Kanak-kanak perlu belajar tentang ilmu pengetahuan!”
Walau bagaimanapun, dalam video yang dikongsi di media sosial, kanak-kanak kelihatan kurang berminat dengan paparan persembahan eksotik tersebut kerana mungkin masih tidak faham apa yang cuba dipertontonkan?