Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tajaan Umrah Menanti Peserta Raih Emas Pertandingan WorldSkills Shanghai 2026 - Ahmad Zahid
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Tajaan ibadah umrah menanti peserta yang berjaya meraih pingat emas dalam pertandingan WorldSkills Competition (WSC) 2026 di Shanghai, China, pada 22 hingga 27 Sept ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata ganjaran untuk peserta institusi Pendidikandan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) itu dibiayai sepenuhnya menggunakan dana peribadi sebagai tanda penghargaan.
“Ini janji saya. Jika sembilan dapat pingat emas, sembilan-sembilan saya bawa pergi umrah,” katanya ketika menyampaikan amanat kepada Kontinjen TVET@KKDW ke Pertandingan WorldSkills 2026 di sini, hari ini, yang turut dihadiri Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang.
Kontinjen TVET@KKDW diwakili sembilan peserta yang akan bertanding dalam sembilan bidang kemahiran. Mereka ialah Nadratulliyana Ab Malek (Teknologi Fesyen), Haziq Syahmi Nazri (Pengecatan Automotif), Amirul Sharif Sharifudin (Elektronik), Mohammad Ezaly Iman Ramli (Keselamatan Siber) dan Wan Hamiz Ozai Wan Hamidzi (Teknologi Kenderaan Rel).
Turut mewakili negara ialah Khairul Idham Bahari (Pembuatan Kabinet), Muhamad Nashrul Zulkifli (Pembinaan Digital), Muhammad Haziq Lailla Zamri (Pemasangan Elektrik) serta Muhammad Huzairy Mohamad Thes (Kejuruteraan Mekanikal CAD).