Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tak Balik Kampung Tahun Ni, Berapa Duit Raya Nak Kena Bagi? Ikut Cara Ni Boleh Tau Berapa Nak Bajet

Selamat Hari Raya.. Hari Untuk Kita Bersuka Ria..”. Haaa, kalau dah nak dekat dengan Hari Raya Aidilfitri setelah hampir sebulan berpuasa, lagu ni mesti terngiang-ngiang dekat telinga semua orang bukan. Sebab lagu ni antara lagu raya yang paling legend sekali untuk korang tahu raya dah nak dekat. Selain itu, perkara lain yang buat korang teringat hari raya sudah semestinya tentang persiapannya yang menarik. Raya tahun ni semestinya menjadi suatu pengalaman yang berbeza untuk semua orang. Yelah, persediaan raya juga dah lain. Pemberian duit raya mesti kena upgrade ikut norma baharu. Tapi, berapa sebenarnya nak kena bagi duit raya ni?

Jangan risau, hal kecil sahaja ni. Untuk memudahkan kerja semua terutama sekali untuk korang yang baru pertama kali nak bagi duit raya, ni lah dia panduan mudah untuk nak bajet duit raya untuk tahun ni. Lebih baik untuk korang bajet perbelanjaan korang supaya tidak menyesal di kemudian hari tau.

1) Pastikan Semua Bil Selesai Dibayar

Okay, hal ni sangat-sangat penting untuk diberi keutamaan sebelum korang bahagi duit korang untuk kegunaan lain. Penting untuk korang selesaikan semua bil yang korang ada seperti bil air, bil elektrik, bil internet, bil telefon dan semua sekali lah. Dah selesai buat pembayaran bil, baru korang boleh teruskan dengan urusan lain. Sekarang pon, cara pembayaran bil akan menjadi sungguh mudah apabila korang menggunakan aplikasi MAE by Maybank2u. Untuk maklumat lebih lanjut, boleh rujuk maklumat di bawah untuk step yang lebih detail.

2) Tambah Nilai Prabayar

Untuk Hari Raya Aidilfitri tahun ni, perancangan untuk persediaan raya korang mesti lah lain sikit untuk ke arah norma baharu kan. Untuk yang dah lama tak berpeluang untuk jumpa keluarga tersayang, jangan risau sebab teknologi sekarang semuanya di hujung jari. Korang boleh call mereka atau boleh video call untuk hilangkan rasa rindu kepada mereka. Haaa, sebab tu la penting untuk korang asingkan duit untuk kegunaan tambah nilai prabayar. Kalau kredit kita sentiasa cukup, baru lah korang tak akan risau untuk hal-hal sebegini. Nak tambah nilai prabayar sekarang ni memang sangat lah mudah. Tak perlu lagi pergi kedai nak beli kad gores tu. Pakai aplikasi MAE by Maybank2u je. Cara dia mudah sangat, boleh rujuk maklumat di bawah.

3) Pembayaran Zakat Fitrah

Zakat Fitrah adalah perkara yang amat penting untuk korang selesaikan beberapa hari sebelum berakhirnya puasa di bulan Ramadhan. Hal ini kerana, Zakat Fitrah merupakan kewajipan ke atas setiap individu. Jadi jangan lah korang lupa untuk melakukan kewajipan ini sebelum meneruskan pembahagian bajet untuk hari raya korang. Terdapat waktu-waktu yang perlu korang ingat untuk pembayaran zakat dan ianya seperti berikut:

  • Waktu Harus – bermula dari awal bulan Ramadhan sehingga akhir bulan Ramadhan.

  • Waktu Wajib – selepas terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan.

  • Waktu Afdhal – selepas solat Subuh pada hari akhir Ramadhan sehingga sebelum mengerjakan sembahyang sunat AidilFitri.

  • Waktu Makruh – selepas sembahyang sunat Aidil Fitri sehingga sebelum terbenam matahari.

  • Waktu Haram – selepas terbenam matahari pada hari raya Aidil Fitri.

Oleh itu, perlulah korang segerakan pembayaran Zakat Fitrah korang sebelum terlupa membayarnya. Namun begitu, ramai yang cakap bahawa mereka tak sempat untuk membayar Zakat Fitrah kerana sibuk berkerja. Jangan risau, sekarang korang boleh membayar zakat dengan mudah seperti Zakat PPZ MAIWP melalui MAE by Maybank2u. Selain Zakat Fitrah, banyak lagi jenis zakat lain yang boleh dibayar. Rujuk gambar di bawah untuk cara yang lebih terperinci.

Mula-mula, buka aplikasi MAE by Maybank2u dan terus login. Kemudian, tekan di ruangan ‘Pay Bills’ dan pilih pembayaran zakat. Lepas dah muncul bahagian pembayaran, pilih badan zakat untuk pembayaran yang hendak digunakan dan juga pilih jenis zakat yang hendak dibayar. Pelbagai jenis pembayaran ada dalam pilihan tu.

Lepas dah pilih badan zakat dan juga jenis zakat yang hendak dibayar iaitu zakat fitrah, boleh juga masukkan jenis beras dan juga jumlah tanggungan untuk dibayar zakat termasuk diri sendiri. Jadi, kalau dah berkeluarga, MAE by Maybank2u akan kira terus jumlah zakat yang perlu dibayar untuk seisi keluarga. Senang bukan, tak perlu nak pening-pening fikir berapa jumlah bayaran korang.

Untuk korang yang tidak tahu kadar bayaran zakat pula, jangan bimbang. Sebab dalam proses pembayaran tu, MAE by Maybank2u dah siap tulis berapa kadar zakat fitrah terbaru bagi setiap negeri mengikut jenis beras yang korang makan. Korang tinggal nak bayar sahaja. Lepas dah masukkan semua maklumat yang penting, tinggal isi nombor telefon dan juga jumlah pembayaran sahaja mengikut jumlah yang telah diberitahu untuk korang.

Semak semua butiran dan baca niat sebelum membuat pembayaran. Boleh ikut je apa yang tertulis di bawah tu. Akhir sekali, tekan je button approve tu untuk selesaikan pembayaran zakat korang. Semuanya di hujung jari sahaja sekarang. Semuanya boleh dibuat di rumah, pejabat atau di mana-mana sahaja lah. Sekarang tidak perlu lagi penat-penat beratur pergi ke kaunter nak buat pembayaran zakat. Ada yang tanya, “Sah ke bayar zakat secara online ni? Takde akad, tak perlu salam tangan amil?”. Jawapannya sah. Akad tu hukumnya Harus.

Haaa, sebenarnya bukan itu sahaja faedah gunakan MAE by Maybank2u ni, ada banyak lagi tau. Antaranya ialah:

  • eDuit Raya

Dengan menggunakan ciri eDuit ni, korang boleh hantar duit raya dengan mudahnya kepada ahli keluarga tersayang korang tau. Dahla mudah, ikut SOP lagi. Yelah, sebab tak bersentuh pon dengan orang lain. Selamat bukan. Boleh la cuba. Selain eDuit je, korang jugak boleh la jadi lebih sentimental dan kreatif dengan hantar eGreeting jugak tau. Untuk pengetahuan semua, tahun ini adalah tahun pertama aplikasi MAE ni mempunyai ciri eGreeting ni. Ciri ni sangat sesuai bagi sesiapa yang masih tidak boleh balik ke kampung halaman untuk berjumpa ahli keluarga. Yang bestnya, banyak sangat-sangat design kad ucapan boleh dipilih melalui MAE ni, baru fancy pemberian duit raya dan kad raya kan. Baru ucapan korang tersemat dalam jiwa yang tersayang. Kalau masih keliru macam mana nak guna ciri ni, rujuk maklumat di bawah.

  • Scan & Pay

Dengan ciri ini, korang boleh membuat transaksi pembelian dengan cepat, mudah dan selamat. Apa yang lebih menarik lagi, ciri ni tersedia di lebih daripada 250,000 kedai terpilih. Jadi, mudah lah korang sekarang kalau nak shopping. Scan sahaja dah pay. Korang boleh membeli dengan kedai kegemaran korang dengan harga minimum RM30 dan berpeluang untuk mendapat pulangan tunai sehingga RM50.

  • Foreign Telegraphic Transfer (FTT or overseas funds transfer)

Ciri ini pulak sangat membantu untuk korang yang ada keluarga di luar negara. Ciri ini membolehkan korang untuk hantar wang dalam jumlah yang korang inginkan ke luar negara untuk yang tersayang.

Kesimpulannya, boleh lah korang cuba mula bajet duit korang untuk waktu Hari Raya Aidilfitri supaya korang tak membazir atau terlebih belanja. Jangan menyesal di kemudian hari ya. Boleh la guna MAE by Maybank2u sebab sangat membantu korang semua untuk menyelesaikan perbelanjaan korang mengikut prioriti yang sepatutnya. MAE by Maybank2u banyak membantu korang untuk membayar bil, tambah nilai prabayar, membayar Zakat Fitrah, menghantar eDuit raya dan banyak lagi. Korang tahu tak, semua transaksi yang disebutkan untuk dilakukan untuk ramadan ini. Sekiranya korang melakukannya hari ini melalui aplikasi MAE, korang akan berpeluang bermain MAE-ga Raya dan memenangi hadiah melebihi RM10 juta tau. Bagusnya. Cara main permainan di aplikasi MAE ni mudah je.

Ini cara main:

  1. Susun item ikut kategori.

  2. Tekan ikon BONUS untuk menyusun item korang secara automatik dan dapat mata tambahan.

  3. Susun ayat perangkap ke dalam tong sampah untuk elakkan GAME OVER.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh la terus layari laman web Maybank2u.