Sesetengah orang suka mengamalkan gaya hidup yang aktif dan sihat dengan berjoging dan bersenam di gim. Tidak kurang juga ada yang lebih suka menggunakan peralatan senaman untuk ‘work out‘ di rumah mengikut masa masing-masing.
Walau bagaimanapun, ada cara yang mudah untuk kita bersenam tanpa perlu ke gim atau menggunakan peralatan senaman pun. Malah, kita tidak perlu mengambil masa yang lama sehingga 30 minit ke satu jam untuk bersenam cara ini.
Menerusi infografik yang dikongsikan KKM yang bersumberkan @WebMD, ada cara 7 minit ‘work out‘ hanya dengan menggunakan berat badan sendiri sahaja. Senaman ini boleh dilakukan dalam tempoh 30 saat untuk setiap cara senaman dan 10 saat rehat di antara tempoh tersebut.
Antara cara senaman yang dapat dilakukan ialah:
Wall sits
Push ups
Ab crunches
Step-ups
Squats
Tricep dips on chair
Plank/Side plank
High knees
Lunges
Push-ups and rotations
“Anda tak perlu ke gim atau peralatan bersenam untuk sihat. Boleh gunakan berat badan”
Sumber: @KKMPutrajaya