Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Nama bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sekali lagi menjadi perhatian ramai di media sosial dengan dipenuhi ucapan, doa dan kata-kata semangat daripada orang ramai termasuk agensi-agensi negeri.
Rata-rata mereka tampil menitipkan pesanan buat Aminuddin atau mesra disapa Tok Min, selain berharap agar segala urusannya dipermudahkan dan terus diberikan kekuatan dalam menghadapi hari-hari mendatang.
Ia selepas ahli politik berkenaan tewas bertanding di kerusi Linggi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Disebalik keputusan itu, beliau dihujani dengan pelbagai ucapan yang menyentuh hati.
Berikutan itu, SK kongsikan beberapa ucapan yang dimuat naik di media sosial untuk bekas MB Negeri Sembilan itu.
Sementara itu, beliau menerusi hantaran di Threads turut menzahirkan ucapan terima kasih dengan ucapan yang diberikan.
"Apa khabar semua? Terima kasih atas ucapan yang baik-baik, saya baca satu per satu. Alhamdulillah." tulisnya dalam hantaran itu.
Malah beliau dilihat tenang meneruskan rutin hariannya selepas keputusan PRN.
Dalam perkongsian itu, Tok Min dilihat mengemas barang-barang yang dipindahkan ke rumah di kampung.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna memuji sikap beliau yang disifatkan kekal positif dan berlapang dada walaupun tidak lagi memegang tampuk pentadbiran negeri.
Untuk makluman, Datuk Seri Aminuddin Harun memegang jawatan MB Negeri Sembilan selama dua penggal sejak 2018.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan