Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Kredit: Bernama (Kanan)

Rakyat Malaysia Akan Alami Raya Yang Berbeza Kali Ini Berbanding Tahun Lepas, Ini Sebabnya

Amira

Setiap kali masuknya bulan Ramadan, ramai umat Islam di negara kita teruja untuk menunaikan ibadah berpuasa dan menyambut hari Raya.

Jika dahulu kala, lagu-lagu raya sudahpun berkumandang di corong radio biarpun Ramadan hanya menjejak hari pertama.

Sanak saudara pun sudah mula berutus surat dan kad raya dari awal bulan puasa. Kad yang diterima kemudiannya akan digantung sebagai hiasan hari raya. Kalau dapat kad dari Istana, makin bangga lah jadinya.

Namun amalan itu sudahpun pupus ditelan zaman. Kini masing-masing sekadar mengutuskan mesej hari raya yang di ‘broadcast’ kan kepada rakan-rakan di WhatsApp dan media sosial.

Selain tu, ada juga yang memilih untuk lebih bersederhana dalam menyambut Ramadan dan hari raya pada tahun 2024 ini berbanding tahun sebelumnya. Jika dulu hampir setiap hari singgah ke bazar Ramadan, kali ini ramai yang memilih untuk memasak sendiri di rumah.

Gambar hiasan. (Kredit: Astronauts.id)

Pakaian raya pula jika sebelum ini berbelanja beratus-ratus ringgit untuk beberapa pasang, tahun ini ada yang memilih untuk lebih berjimat dek faktor ekonomi masa kini. Malah, ada yang menggunakan baju raya tahun lalu demi penjimatan.

Adakah kerana peningkatan usia atau peredaran masa?

Hasil tinjauan di media sosial, kami dapati ada ibu bapa yang mengaku terpaksa berjimat dalam membuat persediaan hari raya kerana telah mengeluarkan perbelanjaan yang agak besar semasa permulaan sesi persekolahan sebelum ini.

Apapun pilihan anda, pastikan hari raya 2024 tetap bermakna

Biarpun dalam kesederhanaan, kita tetap boleh rayakan Aidilfitri ini dengan penuh makna. Harga pakaian, jenis makanan dan harga kuih muih bukanlah penentu kebahagiaan sewaktu hari raya.

Malah, dengan adanya promosi HapPening Raya oleh MYDIN kali ini, orang ramai boleh berjimat dalam berbelanja, dalam masa yang sama pastikan semua ahli keluarga gembira.

Kali ini, MYDIN menganjurkan peraduan duit raya, bazar Ramadan rahmah, pilihan baju raya rahmah bermula serendah RM39.90 dan kelengkapan hiasan rumah untuk memeriahkan persiapan kita menyambut Aidilfitri.

Malah, MYDIN juga mengadakan majlis berbuka puasa Iftar Ala Madinah bagi menghidupkan suasana Ramadan di tanah suci selain mengeratkan silaturahim antara pengunjung.

Seperti tahun-tahun sebelumnya, MYDIN turut mengedarkan bubur lambuk di cawangan-cawangan terpilih di seluruh negara.

raya 2024
raya 2024
raya 2024

Selain itu, anda juga boleh berjimat dengan berbelanja menggunakan e-wallet Boost dan SPayLater. Anda akan mendapat diskaun RM5 (SPayLater) atau pulangan tunai RM5 (Boost) bagi pembelian RM50 ke atas di mana-mana cawangan MYDIN berhampiran. Bagi pengguna SPayLater, jangan risau, anda tak perlu bayar caj sekiranya membuat pembayaran semula pada bulan seterusnya.

MYDIN turut membuka bazar Ramadan rahmah di cawangan terpilih di mana pengunjung boleh mendapatkan makanan berbuka pada harga yang serendah RM4.90 untuk satu hidangan bersama air. Memang berpatutan!

Rasai pengalaman Iftar Ala Madinah di MYDIN

Bagi mereka yang merindui berpuasa di tanah suci atau mengimpikan suasana di sana, jom sertai Jelajah Iftar Ala Madinah di tujuh cawangan MYDIN terpilih sepanjang bulan Ramadan ini.

Jelajah ini merupakan kerjasama MYDIN dan Sinar Harian bagi mengeratkan silaturrahim dan meraikan 11,000 pelanggan MYDIN dalam bulan yang mulia ini.

1,000 helai baju raya buat anak-anak kurang berkemampuan

Bagi memaknakan Aidilfitri, MYDIN tidak melupakan mereka yang kurang bernasib baik. Kali ini, MYDIN dengan kerjasama Wanita Hari Ini mengedarkan 1,000 helai baju raya buat anak-anak daripada keluarga yang kurang berkemampuan. Edaran tersebut akan dilakukan berhampiran cawangan MYDIN yang terlibat.

Anda juga boleh memberi sumbangan dengan membuat pembelian bagi jenama-jenama berikut di MYDIN.

Diskaun RM25/gram bila beli emas Wah Chan guna kad Meriah

Selain promosi-promosi di atas, korang juga boleh menikmati pelbagai lagi promosi menarik sepanjang bulan Ramadan ini di MYDIN. Antaranya ialah diskaun RM25/g bagi setiap gram emas yang korang beli di Wah Chan menggunakan kad Meriah.

Kalau nak tahu lebih banyak promosi di MYDIN, follow Facebook, Tiktok dan Instagram rasmi mereka sekarang.

BACA: Sayu, Ramai Yang Tak Beli Baju Raya, Rupa-rupanya Sebab Ni…