Utama

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Berita

Berita

Sukan

Politik

Berita

Berita

Jangan Keliru, Ini Beza Label EDT Dengan EDP Sebelum Beli Minyak Wangi
Sejak dahulu lagi, manusia suka kepada wangi-wangian. Diri akan terasa lebih yakin untuk berada di tempat awam apabila badan berbau harum, kan?
Hari ini, terdapat pelbagai jenis jenama dan aroma minyak wangi dijual dalam pasaran. Biasanya, botol minyak wangi ini dibezakan dengan label Parfum, Eau de Parfum (EDP) dan Eau de Toilette (EDT).
Kerap kali yang kita jumpa adalah label EDP dan EDT. Namun, apa makna dan bezanya disebalik kod di atas?
Jadi, kali ini kami di SK ingin berkongsi maksud disebalik label EDP dan EDT supaya anda tidak tersalah membuat pilihan ketika membeli minyak wangi nanti.
Beza antara Eau de Parfum (EDP) dan Eau de Toilette (EDT)
Sebenarnya, label ini menggambarkan kepekatan kandungan minyak wangi dalam botol yang dijual. Tahap kepekatan ini pula akan menentukan performance minyak wangi tersebut, terutama dari sudut berapa lama bau wangi bertahan.
Parfum adalah label dengan kepekatan kandungan minyak wangi paling tinggi, iaitu kira-kira 40 peratus. Jika dibandingkan dengan EDP dan EDT, Parfum mempunyai profil aroma yang lebih kaya dan kompleks.
Malah, keharuman minyak wangi dengan label Parfum dapat bertahan lebih lama berbanding EDP dan EDT.
Disebabkan baunya yang lebih kuat, Parfum lebih sesuai dipakai untuk hadir ke acara tertentu yang dapat menunjukkan kehadiran anda.
Manakala EDP pula berada di tingkat kedua selepas Parfum. Label EDP biasanya menunjukkan kandungan kepekatan minyak wangi berada pada tahap antara 15 hingga 20 peratus.
Keharuman minyak wangi dengan label EDP biasanya mampu bertahan pada kulit dalam tempoh sehingga 10 jam, dengan syarat dipakaikan dengan teknik yang betul.
EDT pula berada di tahap ketiga dibelakang Parfum dan EDP. Minyak wangi dengan label EDT biasanya mempunyai kepekatan minyak wangi pada kadar 5 ke 15 peratus.
Oleh itu, keharuman minyak wangi dengan labet EDT lebih cepat pudar berbanding Parfum dan EDP. Minyak wangi EDT yang berbau lebih ringan sesuai dipakai secara santai-santai.
Sekarang, dah tahu dah kan?
BACA: Pemilik Gerai Burger Dedah Berapa IShowSpeed Bayar Untuk Burger Ramly “Special”
Sumber: yslbeauty