Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Takpe la.. Janji Kakak Nak Sekolah,” Ibu Terharu Hantar Anak Istimewa Di Hari Pertama Sekolah Dibuka

Foto: FB Aida nasir
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Hari terakhir penghujung tahun 2019, maka bermulah sesi orentasi bagi pelajar darjah satu di beberapa buah sekolah sekitar Malaysia. Bukan sahaja pelbagai kerenah kanak-kanak dapat dilihat, tetapi reaksi ibu ayah yang pastinya teruja melihat anak yang kecil sudah melangkah ke alam persekolahan.

Seperti perkongsian, Aida Nasir yang merupakan seorang ibu kepada anak istimewa ini menemani hari pertama persekolahan anaknya itu.

Hari pertama kakak sekolah tahun 2020. Umur 13 tapi kakak masih lagi di tahap 1.. tak pe la…janji kakak nak ke sekolah.

Hari pertama persekolahan untuk kakak

Walaupun kadang ikut mood.. bangun pagi tadi ajak mandi ..ade juga drama sikit-sikit… dah elok siap mandi, pakai baju, baru ok. Tadi tinggalkan kat sekolah, kakak ok je….harap ok la sampai habis waktu sekolah.

Semoga adik Nurnadhirah Afifah berjaya dan rajin ke sekolah.

Sumber: Aida nasir