Umum mengetahui digigit ular memang sangat berbahaya kerana jika ular itu berbisa ia boleh mengancam nyawa.
Tetapi hal ini lain pula dengan seorang wanita dari negara seberang ini. Menerusi perkongsian video di akaun TikTok @asriwldr, wanita ini telah memilih untuk menutup kesan gigitan ular supaya tidak diketahui oleh ibu bapanya, memetik laporan Suara.com.
Namun, selepas diketahui oleh ibu dan bapanya, wanita tersebut malah dimarahi kerana berbuat sedemikian.
Menurut laporan, wanita itu mengganggap inisiatif dia dengan menyembunyikan gigitan ular tersebut akan mendatangkan kesan yang baik tetapi dia malah dimarahi oleh satu kampung.
Menurut pemilik akaun, dia pada mulanya keluar makan bersama-sama rakan sekelasnya. Tetapi dia tidak menyangka dia akan bertemu dengan seekor ular di dalam almarinya yang tidak tahu datang daripada mana.
Sebagai inisiatif dia pergi ke kedai untuk mencari plaster (hansaplast).
Dia dikatakan telah menghisap luka patuk ular di tangannya dan dia telah menyiram dengan air paip. Kemudian dia pergi ke kedai. Apabila ditanyakan oleh pemilik kedai apa yang dia ingin beli dia menjawab dia terkena patuk ular.
Sejurus selepas itu, pemilik kedai itu membawa wanita tersebut ke doktor kerana badannya kelihatan lemah dan biru.
Menurut doktor, ular yang mematuknya itu mungkin sejenis ular tedung, tetapi kerana racunnya hanya sedikit, dia terselamat.
Video tersebut pastinya mendapat pelbagai komen daripada warganet.
Sumber: Suara.com