Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Perlawanan persahabatan antara Chelsea FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim telah dipinda ke tarikh baharu iaitu pada Ahad, 9 Ogos 2026 dengan sepak mula pada jam 8 malam (waktu Malaysia).
Perkara tersebut diberitahu oleh penganjur acara, TEG Sports di laman Facebook hari ini.
Menurut kenyataan dari TEG Sports lagi, tiket yang telah dibeli oleh orang ramai dengan tarikh perlawanan pada 11 Ogos sebelum ini masih sah digunakan pada tarikh baharu.

"Tiada pertukaran atau kemaskini diperlukan, Tunjukkan sahaja tiket anda di stadium dan anda boleh nikmati perlawanan," tulis TEG Sports.
Bagi mereka yang tidak dapat menghadiri perlawanan pada tarikh baharu, bayaran balik penuh disediakan termasuk nilai tiket dan caj perkhidmatan sebanyak tiga peratus.
Permohonan bayaran balik boleh dibuat dengan menghantar e-mel kepada [email protected] bersama butiran tempahan sebelum 30 Jun 2026. Proses bayaran balik dijangka mengambil masa antara tujuh hingga 14 hari bekerja.
Perubahan tarikh ini dibuat atas persetujuan bersama antara kedua-dua kelab, dengan jadual baharu itu memberi lebih banyak masa untuk persiapan menjelang musim baharu.
"Pihak penganjur turut merakamkan penghargaan atas kefahaman dan sokongan berterusan para penyokong, kami tidak sabar untuk bertemu anda pada 9 Ogos nanti," tambah kenyataan itu lagi.