Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tarikh Cuti Tambahan Sempena Deepavali 2025
Berita gembira buat semua pelajar, guru dan warga sekolah di seluruh negara.
Cuti tambahan sempena perayaan Deepavali tahun ini bakal memberi ruang bukan saja untuk masyarakat India menyambutnya dengan lebih meriah. Malah, seluruh warga sekolah juga dapat menikmati rehat yang lebih panjang.
Mengikut Kalendar Akademik Sesi 2025/2026, cuti tambahan ini melibatkan semua sekolah kecuali negeri Sarawak. Berikut pecahan cuti yang diumumkan:
Kumpulan A
Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu
Cuti tambahan pada 19 Oktober (Ahad) dan 21 Oktober (Selasa)
Kumpulan B
Melibatkan sekolah-sekolah di negeri Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya
Cuti tambahan pada 21 Oktober (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu)
Sarawak (Kumpulan B)
Tiada cuti tambahan
Cuti hanya sehari, iaitu pada 20 Oktober (Isnin)

Dengan cuti tambahan ini, pelajar dan guru di kebanyakan negeri akan menikmati sehingga lima hari cuti berturut-turut.
Bayangkan, bermula hujung minggu, disambung dengan cuti perayaan, memang sesuai sangat untuk pulang ke kampung, menziarahi rakan-rakan atau sekadar meluangkan masa berkualiti bersama keluarga.
Bagi yang tidak pulang bercuti, ini juga peluang terbaik untuk berehat di rumah, ‘recharge’ tenaga sebelum menyambung sesi persekolahan yang semakin sibuk.
Untuk info, Deepavali atau turut dikenali sebagai Diwali atau Pesta Cahaya, merupakan perayaan penting bagi masyarakat Hindu di Malaysia dan seluruh dunia.
BACA: Detik Perit Perginya Dua Anak Sekelip Mata Ajar Ibu Tunggal Ini Kuat Hari Demi Hari
Sumber: KPM