Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tawaran Tiga Serangkai 9.9 Mega Sale : Trip.com Membawakan Pelbagai Tawaran Percutian Menarik Sepanjang September

9.9 Mega Sale

Malaysia, bersedia untuk menikmati pelbagai tawaran menarik sepanjang September ini! Platform pelancongan serba lengkap global terkemuka, Trip.com, memulakan bulan ini dengan pelbagai kempen percutian dan tawawan kod promosi eksklusif untuk tempok terhad bagi penerbangan, hotel, tarikan dan banyak lagi. Dengan setiap kempen berlangsung hanya selang beberapa hari, pelbagai peluang penjimatan berganda menanti untuk percutian hujung tahun.

9.9 Mega Sale

Malaysia Airlines Travel Fair x Trip.com Online Travel Fair | 4 Hingga 7 September

Trip.com sekali lagi bekerjasama dengan Malaysia Airlines bagi menjayakan acara tahunan Malaysia Airlines Travel Fair. Sering mengimpikan untuk meneroka dunia? Inilah masanya!Nikmati diskaun eksklusif dan tambang menyeluruh Malaysia Airlines serendah RM299 ke destinasi popular seperti Bali, Taipei, Shenzhen dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, Trip.com turut membawakan lebih banyak tawaran menarik untuk percutian dalam dan luar negara menerusi Trip.com Online Travel Fair. Daripada diskaun hingga RM300 untuk semua syarikat penerbangan, tawaran pakej penerbangan dan hotel, hinggalah promosi Beli 1 Percuma 1 bagi tiket ke pelbagai tarikan di Malaysia, Thailand, Vietnam dan Jepun, pelbagai pilihan tawaran untuk menjadikan percutian lebih berbaloi dan bermakna buat pengguna.

Bermula 4 September, pelbagai kod promosi eksklusif akan ditawarkan selama lebih 12 jam, termasuk diskaun hingga 50 peratus untuk semua penerbangan, hingga 15 peratus untuk tiket Kelas Perniagaan, 50 peratus untuk lawatan sehari terpilih, dan banyak lagi!

9.9 Mega Sale

9.9 Mega Sale | 9 hingga 12 September

Dengan lebih banyak penjimatan menanti, lebih banyak tempat boleh diterokai! Sertai 9.9 Mega Sale untuk menikmati penjimatan sepanjang perjalanan anda. Kod promosi penerbangan dan hotel bernilai hingga RM250, hinggalah tawaran kod promosi tambahan untuk sewa kereta, perkhidmatan teksi lapangan terbang, kereta api dan pelayaran kapal boleh ditemukan.

Nikmati diskaun hingga 15 peratus untuk tempahan hotel bagi penginapan lebih lama, atau rebut tawaran menarik menerusi jualan kilat dengan harga bilik bermula daripada RM99 di hotel terpilih di Chengdu, Shanghai dan Guangzhou, serta staycation mewah di Kuala Lumpur.

Gandakan lagi kemeriahan dalam jadual perjalanan anda dengan diskaun 50 peratus untuk tiket Shanghai Disney Resort atau Hong Kong Disneyland, serta tiket Beli 1 Percuma 1 ke pelbagai tarikan popular lain termasuk Ba Na Hills, Gardens by the Bay, Bali Exotic Marine Park, Yehliu Geopark dan banyak lagi.

Merancang untuk melakukan road trip (kembara jalan raya)? Nikmati penjimatan hingga 50 peratus untuk sewa kereta di Malaysia, Thailand, Korea, Jepun, Taiwan, Sepanyol, Perancis, Itali dan destinasi terpilih lain di seluruh dunia.

Inilah masa terbaik untuk merancang percutian, jadi jangan lepaskan semua tawaran menarik ini! Rujuk butiran di bawah atau layari halaman kempen di aplikasi Trip.com untuk merancang percutian lebih awal.

9.9 Mega Sale

Untuk maklumat lanjut, layari https://my.trip.com atau muat turun aplikasi Trip.com untukmengakses semua kempen dengan mudah.

Intipati
  • Trip.com melancarkan kempen percutian September dengan tawaran penerbangan, hotel, tarikan dan perkhidmatan perjalanan.
  • Malaysia Airlines Travel Fair menawarkan tambang menyeluruh serendah RM299 ke beberapa destinasi popular.
  • 9.9 Mega Sale menampilkan kod promosi hingga RM250 dan diskaun tarikan terpilih.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan