Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Tempat Ujian Saringan Kendiri Covid-19 Untuk Pelancong Ke Langkawi Sudah Siap Di KLIA

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah bersiap-siaga menyediakan tempat ujian saringan kendiri Covid-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Memetik laporan ringkas Bernama, fasiliti ujian saringan kendiri Covid-19 tersebut disediakan bagi menerima kehadiran pengunjung dan pelancong yang akan ‘berlepas’ ke Langkawi, Kedah untuk melancong.

“Setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi, Kedah diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 bermula esok sebelum memulakan perjalanan mereka,” maklum laporan tersebut.

Kewajipan pelancong untuk menjalankan ujian saringan berkenaan telah dimaklumkan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu pengumuman baru baru ini.

Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama
Gambar: Bernama

Sumber: Bernama