Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tengah Santai Main Tenis, Wanita Terkejut Petir Menyambar Sebelah
Sukan outdoor sering menjadi pilihan orang ramai sebagai aktiviti riadah di waktu petang. Sambil melakukan aktiviti fizikal yang tentunya baik untuk tubuh badan, kita juga dapat menikmati suasana petang yang menyenangkan.
Namun begitu, aktiviti di luar ini sebenarnya ada risiko tertentu, terutamanya apabila dimainkan dalam keadaan cuaca buruk.
Suasana yang nyaman boleh bertukar sekelip mata seiring dengan perubahan cuaca. Awan tebal lagi gelap yang muncul di langit selalu membawa bahaya lain, seperti ribut dan petir.
Sejak di bangku sekolah lagi, kita diajarkan untuk segera meninggalkan kawasan lapang dan berlindung di dalam bangunan apabila petir mula sambar-menyambar.
Kita juga diingatkan supaya tidak berhenti berteduh di bawah pokok kerana petir atau kilat cenderung menyambar objek yang lebih tinggi.
Kenapa? Jawapannya mudah, petir atau kilat boleh meragut nyawa anda sekelip mata.
Wanita terkejut, petir menyambar di sebelah ketika sedang main tenis
Baru-baru ini, satu situasi yang menunjukkan kejadian petir atau kilat menyambar sebatang pokok menjadi tular di media sosial.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @nfianas di TikTok, wanita warga Indonesia ini dilihat sedang bermain tenis bersama rakan-rakannya.
@nfianas pada awalnya kelihatan bersahaja menghayunkan raket tenisnya selama beberapa saat. Namun secara tiba-tiba, sebatang pokok yang terletak berhampiran gelanggang tenis tersebut telah disambar petir.
Video berdurasi 00:10 saat turut memaparkan dentuman petir amat kuat dan percikan api pada pokok berkenaan yang berlaku dalam sekelip mata.
Terkejut dengan kejadian itu, @nfianas membuat keputusan untuk menamatkan permainan dan keluar dari gelanggang.
“Petir itu telah menyambar pokok yang terletak di padang bola bersebelahan dengan gelanggang tenis
“Di padang bola itu pula, ramai orang sedang bermain kerana cuaca sudah mula reda. Tetapi sewaktu aku mahu menghabiskan 30 minit terakhir sesi latihan, petir menyambar pokok yang paling tinggi,” kata @nfianas.
Tambah @nfianas, jurulatihnya yang berada di tepi gelanggang turut merasa apabila melihat panahan petir yang sangat jelas.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna TikTok memberikan pelbagai reaksi dan meluahkan rasa panik apabila melihat @nfianas yang begitu dekat dengan pokok berkenaan.
Pada masa yang sama, mereka juga bersyukur kerana tiada mangsa atau kejadian yang tidak diingini berlaku pada hari tersebut.
BACA: Pemilik Rumah Tak Mahu Pindah, Kini Kesal Selepas Lebuh Raya Hampir Siap
Sumber: @nfianas via TikTok