Kalau disebut mengenai masakan ikan keli, sudah pastinya hidangan goreng dan masak sambal yang sering menjadi bualan. Dengan kelembutan isinya dan beberapa bahagian yang rangup, pastinya boleh membuatkan ramai terliur.
Pun begitu, menggoreng ikan keli bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan kerana ikan tersebut boleh bengkok ataupun meringkuk.
Tak perlu risau, bagi suri rumah yang suka masak dan makan ikan keli tu boleh cuba tips yang dikongsikan oleh Ayue Jalal di laman facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).
tips: kalau ikan banyak lendir, cuci ikan bersih2
lumur kan ikan dengan tepung gandum utk hilang kan lendir dan hanyir.. lepas tu bilas sikit br lah letak garam kunyit dan tepung jagung.

cili kampung hijau + cili merah + bawang putih semua blend kasar
+ hirisan bawang.. campak campak je, tumis sampai naik miyak gula garam perasa, siap** kalau nak kurang kn pedas ganti cili merah tu kepada cili kering
sukatan semua agak2 aje
Sumber: