Bibir seorang wanita menjadi bengkak selepas seekor lipan menggigit bibirnya ketika waktu tidur, lapor Daily Star.
Nataly Galdino, 21, terpaksa dikejarkan ke hospital dan mengambil masa selama dua hari kelihatan seperti mempunyai fillers kerana serangga itu, lapor Mirror.
Dia terus bergegas ke hospital untuk mendapatkan rawatan memandangkan dia juga mengalami sesak nafas. Mulutnya serta merta mula membengkak dan doktor telah memberikan ubat tahan sakit dan alahan. Bengkak yang dialaminya mengambil masa selama dua hari untuk surut.
Gambar : Jam Press/ natalyvgaldino via Daily Star
Wanita itu juga mengatakan bahawa dia kurang mengetahui tentang serangga itu, sama ada racunnya boleh berbahaya atau boleh membawa maut.
Kini, keadaannya semakin pulih dan dia turut berkongsikan pengalaman yang ‘mengerikan’ ini kepada pengikutnya. Dia meminta agar semua peka dengan sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling.
Sumber : Daily Star