Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Dulu hanya dianggap permainan zaman kanak-kanak, kini Beyblade kembali mencetuskan fenomena di Malaysia.
Bukan sahaja kanak-kanak, bahkan golongan dewasa turut dilihat turun padangke pusat beli-belah dan lokasi pertandingan sambil membawa koleksi gasing masing-masing.
Ada yang datang sekadar mahu mengimbau nostalgia, manakala sebahagian lagi serius menyusun strategi, memilih komponen dan berlatih untuk menewaskan lawan.
Malah, Beyblade X kini turut diiktiraf sebagai aktiviti kokurikulum di sekolah.
Menariknya, baru-baru ini satu hantaran oleh pengguna TikTok @Sahiraaimaa mencuri perhatian ramai apabila dia menerima info mengenai ibunya.
Dalam perbualan di aplikasi Whatsapp, ibunya memberitahu akan memasuki pertandingan Beyblade.
Lebih menghiburkan, ibunya meminta anaknya untuk mencari permainan itu yang 'kuat' untuk dibawa ke pertandingan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya terhibur dengan khabar ibunya.
"Time ni la boleh cakap 'barang nak esok harini baru nak bagitau'" seloroh seorang pengguna.
"Kau jangan kak. Company aku pernah buat pertandingan dam ular sebab staff dia kuat ngular.. boss terus dapat idea staff activity buat competition dam ular," kongsi seorang lagi.
Sementara itu, dalam perkongsian lain, dia mendedahkan hasil keputusan pertandingan berkenaan.
Apa yang menarik, wanita berkenaan berjaya melangkah hingga ke peringkat separuh akhir.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan