Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Suasana di dalam pesawat yang membawa rombongan jemaah haji Indonesia bertukar kecoh selepas seorang jemaah wanita tiba-tiba ingin turun dari pesawat kerana teringat ayam peliharaannya belum diberi makan.
Dalam satu video yang dimuat naik oleh pengguna Facebook, Mawar Endeng Marendeng, pramugari dan petugas yang menguruskan jemaah haji dilihat cuba menenangkan warga emas itu.

Jemaah itu dikatakan berasal dari Kabupaten Mamuju, Sulawesi Barat.
"Suasana di dalam pesawat tiba-tiba menjadi tegang apabila seorang jemaah dari Mamuju meminta untuk turun dari pesawat, sambil berkata dia mahu memberi makan ayam-ayamnya," kata kapysen di video itu.

Di akhir video tersebut, dia dilihat berjaya ditenangkan dan kembali semula ke tempat duduknya.
Bagaimanapun, video itu tidak menyatakan lokasi sebenar kejadian terbabit.
Memetik Tribun News, jemaah haji itu adalah sebahagian daripada kumpulan 12.
Mengikut jadual, mereka berlepas pada 28 April dari Mamuju ke pelepasan Makassar.
Jumlah jemaah haji Mamuju dalam kumpulan 12 ialah seramai 393 orang, yang terdiri daripada 387 jemaah dan lima pegawai.