Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 50 kes yang telah sembuh dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 9, 939 kes bersamaan 89. 26%.
KKM juga memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 101 kes baharu dicatatkan hari ini termasuk 97 kes tempatan dan 4 kes import. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 11, 135 kes dengan 1, 062 kes yang masih aktif.
17 kes tempatan mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.
Tiada pertambahan kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kekal sebanyak 134 bersamaan 1.20%.
Sumber: KKMPutrajaya