Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa, sebanyak 14,990 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 2,142,924 kes.
Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari dengan jumlah 2,414 kes dan menunjukkan peningkatan berbanding 1,934 kes semalam.
Selain Selangor, tujuh negeri turut mencatatkan ribuan kes positif harian hari ini termasuk Sabah (1,199 kes), Sarawak (1,712 kes), Johor (1,880 kes), Kedah (1,007 kes), Pulau Pinang (1,224 kes) Kelantan (1,573 kes) dan Perak (1,490 kes).
Sementara negeri yang merekodkan kes positif terendah adalah Perlis (97 kes), WP Putrajaya (30 kes) dan WP Labuan (3 kes).
Sumber: DG Hisham