Sebanyak 1600 lagi kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di negara adalah sebanyak 74,294 kes setakat Isnin (7 December 2020), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), N3geri Sembilan mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 541 kes, diikuti Selangor 426 kes, Sabah 248 kes, Kuala Lumpur 148 kes, Johor 98 kes dan lain-lain.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 11,604 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.
Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 1.,033 sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 62,306 kes.
Sehingga kini, terdapat 129 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 57 kes daripadanya memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dukacita dimaklumkan, terdapat dua (2) kes kematian pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 384 orang.
Sumber: KKM Putrajaya
