Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 1,937 Kes Baharu COVID-19 Dengan Selangor Catat Kes Harian Tertinggi, 9 Kematian Dan 3 Kluster Baharu

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 1,937 kes baharu covid-19 yang dilaporkan dengan Selangor mencatatkan kes positif harian tertinggi pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 1,937 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 82,246 kes secara keseluruhan.

Daripada 1,937 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 1,935 merupakan kes tempatan manakala 2 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 13,751 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 121 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 66 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 911. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 68,084 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 9 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 411 kes atau bersamaan dengan 0.50% daripada jumlah keseluruhan kes.

Ringkasan kes kematian adalah seperti berikut:

Selain daripada itu juga, KKM turut berjaya mengenal pasti 3 kluster baharu pada hari ini. Kluster baharu yang dikesan itu adalah Kluster Bukit Gemok, Kluster Tapak Bina Cendana dan Kluster Dang Mutiara.

Berikut adalah ringkasan berkenaan kluster-kluster tersebut:

  • KLUSTER BUKIT GEMOK

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Tawau di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-70411) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 5 Disember 2020 hasil saringan individu bergejala. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 71 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19.

  • KLUSTER TAPAK BINA CENDANA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Lembah Pantai, Titiwangsa, dan Cheras di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kes-kes awal bagi kluster ini telah dilaporkan positif COVID-19 bermula pada 10 Disember 2020 hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan sebuah tapak binaan. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 175 individu telah disaring, di mana 11 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini yang melibatkan satu (1) warganegara dan 10 bukan warganegara.

  • KLUSTER DANG MUTIARA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Gombak di negeri Selangor serta daerah Dungun dan Kemaman di negeri Terengganu. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-75588) telah dilaporkan positif COVID-19 pada 9 Disember 2020 hasil saringan sign on pelantar minyak dan telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Sehingga 12 Disember 2020, sejumlah 102 individu telah disaring, di mana 10 kes telah dikesan positif COVID-19 dalam kluster ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia