Sebanyak 2,500 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 417,512 kes setakat Isnin (3 Mei 2021), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh (7) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor tertinggi dengan 637 kes, Kelantan 401 kes, Sarawak 356 kes, Johor 205 kes, Kuala Lumpur 200 kes, Pulau Pinang 194 kes, Kedah 103 kes dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 18 kes kematian Covid-19 pada hari ini.
Sumber: KKM
