Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 2,764 Kes Baharu Covid-19, Selangor Catat Kes Baharu Bawah 1,000 Kes Hari Ini

Gambar sekadar hiasan

Sebanyak 2,764 kes jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 248,316 kes setakat Selasa (9 Februari 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 50,841 kes.

Daripada 2,764 kes baharu pada hari ini, enam (36) kes merupakan kes import manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 2,758 kes.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 862 kes diikuti Johor 521 kes, Kuala Lumpur 422 kes, Melaka 203 kes, Sabah 180 kes dan lain-lain lagi.

Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 3,887 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 196,566 kes.

Sehingga kini, terdapat 289 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 127 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Manakala, dukacita dimaklumkan terdapat pertambahan 13 kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 909 kes.

Sumber: KKM Putrajaya