Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,545 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,545 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 291,774 kes secara keseluruhan.
Daripada 3,545 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,544 merupakan kes tempatan manakala 1 lagi adalah kes import.
Menerusi data grafik pecahan kes baharu yang dikongsikan KKM, Negeri Sembilan pada hari ini mencatatkan sebanyak 1,392 kes positif baharu sekali gus menjadikan negeri yang paling tinggi mencatatkan kes positif baharu pada hari ini.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 30,677 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 189 kes yang sedang dirawat di ICU dan 88 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,331. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 260,009 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 12 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 1,088 kes.
Sumber: