Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan sebeentar tadi bahawa terdapat 691 kes positif direkodkan di Malaysia setakat hari ini, 6 Oktober 2020.
Hal ini menunjukkan bahawa jumlah majoriti kes positif tempatan hari ini datangnya dari Kluster Tembok iaitu 394 dan Kedah mencatat kes tempatan tertinggi hari ini dengan 397.
Perincian kes penularan COVID-19 dalam negara adalah seperti berikut:
Sabah: 219 kes
120 kes saringan bergejala yang melibatkan 117 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara;
36 kes saringan komuniti yang melibatkan warganegara;
30 kes daripada Kluster Bangau-Bangau yang melibatkan 10 warganegara dan 20 bukan warganegara;
19 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Ramai-Ramai yang melibatkan warganegara;
Lima (5) kes saringan kontak rapat kes positif Covid-19 yang melibatkan warganegara;
Lima (5) kes saringan petugas kesihatan yang melibatkan warganegara; dan
Empat (4) kes saringan masuk kerja yang melibatkan warganegara.
Kedah: 397 kes
394 kes daripada Kluster Tembok yang melibatkan 391 warganegara dan tiga (3) bukan warganegara; dan
Tiga (3) kes daripada Kluster Bah Sintok yang melibatkan warganegara.
Selangor: 38 kes
17 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
11 kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
Sembilan (9) kes saringan kontak rapat kepada kes positif Covid-19 yang melibatkan lapan (8) warganegara dan satu (1) bukan warganegara; dan
Satu (1) kes daripada Kluster Embun yang melibatkan warganegara.
Perak: 8 kes
Tujuh (7) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Batu yang melibatkan warganegara; dan
Satu (1) saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Negeri Sembilan: 7 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Johor: 6 kes
Tiga (3) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara; dan
Tiga (3) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 4 kes
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
Satu (1) kes daripada Kluster Jalan Meru yang melibatkan warganegara;
Satu (1) kes saringan pra pembedahan yang melibatkan warganegara; dan
Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.
Sarawak: 3 kes
Satu (1) kes saringan kontak rapat kepada kes positif COVID-19 yang melibatkan warganegara.
Pulau Pinang: 3 kes
Satu (1) kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara;
Satu (1) kes Severe Acute Respiratory Illness (SARI) yang melibatkan warganegara; dan
Satu (1) kes saringan kematian yang melibatkan warganegara.
Terengganu: 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Wilayah Persekutuan Putrajaya: 1 kes daripada Kluster Selasih yang melibatkan warganegara.
Wilayah Persekutuan Labuan: 1 kes saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah) yang melibatkan warganegara.
Sumber: KKM
