Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 4,284 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 18 Lagi Kematian, Selangor Dan Johor Catat Kes Harian Baharu Tertinggi

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,284 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 226,912 kes secara keseluruhan.

Daripada 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 4,278 merupakan kes tempatan manakala 6 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 48,309 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 307 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 141 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 3,804. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 177,794 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 18 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 809 kes.

KKM juga memaklumkan bahawa terdapat 13 kluster baharu yang dilaporkan. Menurut perkongsian di laman Twitter, 12 kluster melibatkan tempat kerja dan 1 kluster melibatkan pusat tahanan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia