Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 4,854 Kes Positif Covid-19 Dilaporkan Hari Ini

Gambar via Bernama

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 4,854 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,586,601 kes.

Kes positif harian di Malaysia menunjukkan setakat tengah hari 21 November menunjukkan penurunan berbanding 5,859 kes semalam.

Menurut rumusan sepintas lalu di COVIDNOW, setakat ini 76.4 peratus rakyat Malaysia telah lengkap vaksinasi di mana negeri Selangor, WP Putrajaya dan WP Kuala Lumpur menunjukkan peratusan lengkap vaksinasi tertinggi, masing-masing pada kadar 91.9 peratus.

Maklumat terperinci seperti pecahan kes positif harian di setiap negeri, kes kematian, kes sembuh dan lain-lain akan dikemaskini sekaligus selepas tengah malam di laman web COVIDNOW.

Sumber: DG Hisham