Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terkini: 50 Kes Baharu Positif Covid-19 & 1 Kematian Libatkan Warga Emas

Foto: KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 50 kes baru Covid-19. Perkara tersebut disampaikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu sidang media Perkembangan Covid-19 di Malaysia yang berlangsung sebentar tadi.

Iklan

Sehingga 22 April 2020 jam 12 tengah hari, terdapat 50 kes baru dilaporkan, menjadikan jumlah kumulatif adalah 5,532 kes. Manakala, pesakit yang dirawat di ICU adalah seramai 43 orang dan 25 daripada jumlah tersebut memerlukan bantuan alat pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan satu kematian hari ini. Kumulatif kes kematian adalah sebanyak 93 kes atau 1.68 % daripada jumlah keseluruhan.

Maklumat kes kematian

Kes kematian baharu melibatkan seorang wanita berusia 72 tahun dan merupakan mangsa kes ke 5483. Mangsa meninggal dunia di Hospital Umum Sarawak dan mempunyai latar belakang penyakit barah dan darah tinggi.

Sumber: Sidang media KKM