Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 6,387 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, 6 Negeri/Wilayah Catatkan Peningkatan Kes Termasuk Pahang

Gambar: Bernama

Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa Malaysia mencatatkan 6,387 kes baharu COVID-19 pada hari ini.

Maklumat tersebut telah dikongsikan di ruangan Twitter rasmi KKMalaysia sebentar tadi. Menerusi perkembangan yang sama, KKM memaklumkan bahawa 6 negeri/wilayah catatkan peningkatan kes. Negeri yang dimaksudkan adalah Selangor, Putrajaya, KL, Pahang, Sabah dan Sarawak.

Selangor terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan 2,610 kes diikuti Kuala Lumpur dengan 819 kes dan Negeri Sembilan dengan 523 kes.

Sumber: KKM