KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Twitternya @KKMPutrajaya berkongsi tentang tujuh kes positif terbaru COVID-19 di negara ini.
Ciapan tersebut menjelaskan, sebanyak tujuh kes positif terbaru dilaporkan, jumlah keseluruhan kes setakat ini adalah sebanyak 36 kes.
Ini menjadikan 14 kes sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan Hospital Kuala Lumpur manakala 22 lagi discaj.
Jelas KKM, kesemua mangsa dalam keadaan stabil.
Berita lanjut menyusul.