Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI: 9,380 Kes Positif Dilaporkan Hari Ini, 4 Negeri Catat Ribuan Kes

Gambar Hiasan via Google

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,380 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,303,837 kes.

Kes positif harian di Malaysia menunjukkan peningkatan hari ini berbanding 8,817 kes semalam.

Bagi pecahan kes mengikut negeri, Sarawak masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan catatan 1,503 kes. Turut mencatatkan kes harian empat angka ialah negeri Selangor (1,116 kes) Johor (1,105 kes) dan Kelantan (1,170 kes).

Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan melaporkan bilangan kes harian terendah dengan catatan lapan kes, diikuti WP Putrajaya dan Perlis, masing-masing 18 dan 42 kes.

Sumber: DG Hisham