Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 1,219 kes baharu COVID-19 dicatatkan hari ini dengan jumlah kumulatif sebanyak 327,253 kes.
Menerusi kiriman yang dimuatnaik oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 499 kes.
Ia diikuti oleh Sarawak dengan 225 kes dan Johor 169 kes.
Sumber: Noor Hisham Abdullah