PUTRAJAYA, 16 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,295 kes baharu COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif terkini meningkat ke 87,913 kes bersamaan 14,751 kes aktif dengan kebolehjangkitan.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya 10 kes import yang dilaporkan, manakala 1,285 kes selebihnya adalah penularan tempatan.
Menurutnya, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 481 kes bersamaan 37.1 peratus dan 356 kes daripadanya adalah daripada kluster-kluster dan kontak rapat hasil saringan yang giat dijalankan.
Ia diikuti Sabah dengan 268 kes bersamaan 20.7 peratus dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan 232 kes bersamaan 17.9 peratus.
Sementara itu, sebanyak 1,052 kes sembuh turut dilaporkan hari ini, menjadikan angka pulih keseluruhan kini meningkat kepada 72,733 kes bersamaan 82.7 peratus.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: KKM