Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 1,354 Kes Baharu Dilaporkan, Selangor Catat Kes Tertinggi Hari Ini

Sehingga hari ini, 14 Mac 2021, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesan lagi 1,354 kes positif Covid-19 di negara Malaysia. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 306,274 kes.

Iklan

Dengan jumlah tersebut, negeri Selangor masih mencatat jumlah kes tertinggi hari ini dengan 577 kes baharu dan diikuti dengan Sarawak iaitu 178 kes.

Sehubungan dengan itu, jumlah kes sembuh turut mencatat angka tinggi iaitu sebanyak 1,782 kes. Daripada itu, jumlah kumulatif kes sembuh meningkat menjadi 306,274.

Justeru itu, kes aktif masih berada pada angka 16, 279 kes. Daripada jumlah tersebut sebanyak 158 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuklah 71 memerlukan bantuan pernafasan.

Dukacita dimaklumkan bahawa masih terdapat pernambahan kes kematian. Hari ini, KKM telah mengesan lagi 4 kes kematian dan jumlah kumulatif meningkat kepada 1, 210 kes.

Ini senarai jumlah kes positif hari ini mengikut negeri.

Sumber: KKM