Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 1,683 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini, Jumlah Kes Keseluruhan Kini Lepasi Angka 90,000

Gambar: Google

PUTRAJAYA, 18 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,683 kes baharu COVID-19 pada hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes kini meningkat kepada 90,816 kes, bersamaan 15,140 kes aktif dengan kebolehjangkitan.

Lapan kes daripadanya adalah kes import, manakala 1,675 kes selebihnya merupakan penularan tempatan.

Selangor masih lagi mencatatkan kes tertinggi harian dengan 692 kes, diikuti Sabah 260 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 197 kes.

Dalam pada itu, sebanyak 1,214 kes sembuh dilaporkan hari ini, menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat kepada 75,244 kes.

Bagaimanapun, tiada kematian terbaharu dilaporkan, angka kes kematian kekal 432 kes.

Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM