Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: 2,936 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini, Kes Sembuh Catat 4,889 Kes

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 2,936 kes baharu dan menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah sebanyak 277,811 kes.

Menurut ciapan di Twitter, kes baharu itu melibatkan 2,919 kes tempatan dan 17 kes import.

Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 978 kes (33.3 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 722 kes (73.8 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Johor sebanyak 730 kes (24.9 peratus) dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 227 kes (7.7 peratus).

Jumlah kes sembuh pada hari ini pula adalah sebanyak 4,889 kes, ini menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh di Malaysia setakat ini adalah sebanyak 239,971 kes.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 13 kes kematian dicatatkan hari ini, pertambahan ini menjadikan jumlah kes kematian di Malaysia adalah sebanyak 1,043 kes bersamaan 0.38%.

Sumber: KKM