PUTRAJAYA, 17 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 2,998 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat ke 272,163 kes dengan 41,396 kes aktif.
Dalam masa sama, kes sembuh terus mencatatkan angka tinggi dengan 5,709 kes hari ini, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan turut meningkat ke 229,762 kes.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: KKM
