PUTRAJAYA, 3 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu (1) kematian terkini dilaporkan akibat COVID-19.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes merupakan warganegara lelaki berusia 57 tahun.
Kes mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan darah tinggi, mula alami gejala batuk, kurang selera makan dan demam sejak 10 September 2020.
Kes mula alami sesak nafas pada 24 September dan dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Semporna, sebelum dirujuk ke Hospital Tawau pada hari yang sama.
Kes dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.
Saringan dikesan positif pada 28 September dan keadaan merosot, kes disahkan meninggal dunia pada 2 Oktober semalam pada 11.44 malam.
Sumber: KKM