Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 21 Oktober 2021, terdapat sebanyak 6,210 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan.
6,210 kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 2,413,592 kes.
Kes baharu yang dilaporkan pada hari ini mencatatkan peningkatan berbanding semalam.
Bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berkenaan statistik kes, kunjungi laman COVIDNOW.