Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
PUTRAJAYA, 15 Dis – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 1,772 kes baharu COVID-19 dilaporkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kini meningkat ke 86,618 kes dengan 14,515 kes aktif.
Daripada angka tersebut, hanya 12 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala 1,760 kes berikutnya merupakan penularan tempatan.
Dalam pada itu, angka sembuh juga mencatatkan empat angka dengan 1,084 kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.
Ia menjadikan jumlah kes pulih turut meningkat ke 71,681 kes setakat ini.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: KKM