Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

TERKINI COVID-19: Kurang Berbanding Semalam, Hanya 1,327 Kes Baharu Hari Ini & Selangor Catat Kes Tertinggi

PUTRAJAYA, 21 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,327 kes positif COVID-19 baharu hari ini.

Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif positif meningkat kepada 317,289 kes dengan 14,518 kes aktif.

Selangor mencatatkan angka kes harian tertinggi dengan 356 kes, diikuti Sarawak dengan 276 kes dan Pulau Pinang 205 kes.

Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mencatatkan peningkatan dengan 1,247 kes lagi yang pulih pada hari ini.

Bagaimanapun, empat lagi kes kematian terbaharu direkodkan, jumlah keseluruhan kematian adalah 1,233 kes.

Sumber: KKM