Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Terkini Covid-19: Satu Kes Kematian Direkodkan Dengan 6 Kes Positif Baharu Hari Ini

Menerusi Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah mengeluarkan perkembangan terkini Covid-19 setakat 31 Ogos 2020. Hari ini dilaporkan enam kes positif baharu menjadikan jumlah kumulatif kes positif di Malaysia sebanyak 9,340 kes.

KKM juga mengesahkan 6 kes dilaporkan telah discaj dan dibenarkan keluar dari wad. Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat satu (1) kematian hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian sebanyak 127 dengan kadar peratusan 1.36%.

Enam pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan empat daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.