Dua hari berturut-turut negara mencatatkan kes kematian COVID-19 sebanyak 207 kes.
Perkara itu dimaklumkan menerusi laman Twitter KKM yang menyaksikan jumlah kes kematian setakat ini adalah 8,408.
Dalam pada itu, KKM juga memaklumkan bahawa jumlah pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) pula terus meningkat ke angka tertinggi dengan 1,023 orang. Dalam jumlah itu, 524 pesakit memerlukan bantuan alat pernafasan.
Maklumat lanjut bakal menyusul.
Sumber: KKMalaysia